Tempatan

Sarawak di landasan tepat sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia 

GEDONG: Sarawak kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selain diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana usaha meneroka sektor ekonomi baharu yang memberi fokus kepada isu perubahan iklim, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan juga berminat untuk mengetahui polisi dilaksanakan Sarawak bagi memacu pertumbuhan ekonominya.

“Kita boleh melihat pelbagai lawatan termasuk oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ingin melihat perkembangan ekonomi Sarawak,” katanya ketika hadir pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Projek Masterplan for Mini Isthmus Gedong, di sini pada Rabu. 

Ujar Abang Johari lagi, oleh sebab itu beliau yakin Sarawak berupaya mencapai hasrat mencapai negeri maju menjelang 2030 dan seterusnya akan memanfaatkan rakyat.

Malah, kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus melaksanakan pembangunan untuk rakyat negeri ini.

Hadir sama Menteri Ulititi dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Exit mobile version