Tempatan Sarawak guna CIPM tambah baik kawasan liputan dengan lebih berkesan

Sarawak guna CIPM tambah baik kawasan liputan dengan lebih berkesan

2

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kerajaan Sarawak di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melaksanakan Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) dalam Sarawak, semalam. 

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di Hotel UCSI Kuching, sempena Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2022, disaksikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi. 

Memorandum tersebut menyatakan bahawa Sarawak melalui SMA bersetuju untuk menggunakan sistem CIPM yang diuruskan oleh MCMC dalam menambah baik proses pengurusan permit sedia ada. 

Sistem ini akan memastikan struktur menara yang sedang dibina oleh pembekal akan disahkan oleh kerajaan, di samping dapat membezakan operasi menara telekomunikasi yang tidak dibenarkan. 

Selain itu, ia adalah satu usaha menyedia dan menambah baik kawasan tanpa liputan secara lebih berkesan.

Dengan ini, Sarawak akan menjadi negeri ke-10 yang akan menggunakan sistem CIPM termasuk Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kuala Lumpur dan Labuan. 

Previous article39 ahli parlimen di Malaysia lompat parti
Next articleTiada masalah turunkan kuasa autonomi bidang pendidikan kepada Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here