Sukan

Sarawak hantar 625 orang atlet ke SUKMA Ke-20 di Kuala Lumpur

KUCHING: Sarawak akan menghantar 625 atlet pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 16 hingga 24 September akan datang.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SUKMA kali ini diadakan di Kuala Lumpur selepas Johor yang sepatutnya menjadi tuan rumah menolak penganjurannya. 

Menurutnya lagi, Johor sebaliknya akan menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun 2024. 

“Semua acara sukan akan diadakan di Selangor dan Kuala Lumpur. Manakala, acara lumba basikal akan diadakan di Nilai, Negeri Sembilan dan manakala pelayaran yang akan diadakan di Langkawi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Untuk Persediaan Sukma XX MSN 2022 di Bilik Mesyuarat Stadium Negeri Sarawak, di sini, pada Isnin. 

Sementara itu, Dato Sri Abdul Karim memberitahu pelancaran ‘countdown’ 50 hari ke SUKMA dan pelancaran ‘our star, our pride’ akan diadakan pada 29 Julai ini di Tebingan Sungai Kuching. 

Mengulas lanjut, pada SUKMA kali ini hanya 426 acara akan dipertandingkan.

Ujarnya, banyak acara sukan yang merupakan peluang Sarawak memenangi pingat seperti acara terjun wanita, karate wanita, berpasukan olahraga wanita 10 ribu meter jalan kaki, acara angkat berat tidak melebihi 76 kilogram dan acara judo wanita serta acara kanu polo lelaki dan wanita, tinju lelaki ‘super heavy weight’ 92 kilogram ke atas juga telah digugurkan.

Perasmian pembukaan SUKMA tahun ini akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *