Nasional

Sarawak jalinkan kolaborasi dengan Korea Selatan terajui transformasi digital

KUALA LUMPUR: Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) Berhad telah memeterai Perjanjian Rakan Strategik dengan Global Digital Innovation Network (GDIN) dari Korea bagi membuka pintu kepada kerjasama global dalam menerajui transformasi digital dan inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Ir. Ts. Sudarnoto Osman berkata, perjanjian tersebut adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk mengubah rantau ini menjadi sebuah kuasa moden dan berpendapatan tinggi.

Menurutnya, dengan meraih idea, pengetahuan teknikal, dan visi dari negara maju seperti Korea Selatan, Sarawak lebih bersedia untuk membantu mempercepat penggunaan teknologi digital dalam sektor awam dan swasta, serta di kalangan usahawan muda, komuniti perniagaan, dan industri.

“Kerajaan Sarawak melalui SDEC memastikan bahawa kita bekerjasama dengan rakan-rakan yang menjadi pemimpin dalam industri untuk memberikan panduan menyeluruh dan berkongsi amalan terbaik.

“SDEC berharap untuk melibatkan diri dengan komuniti pembuat perubahan yang berfikiran sama yang akan bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat kemakmuran ekonomi dan keterangkuman sosial bersama kami,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, upacara menandatangani perjanjian telah berlangsung di JW Marriott Kuala Lumpur yang telah dilakukan oleh Sudarnoto yang menandatangani bagi pihak SDEC manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jongkap Kim menandatangani bagi pihak GDIN.

Upacara ini telah disaksikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi dari Kuching secara langsung melalui aplikasi Zoom.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan wakil daripada GDIN iaitu Ketua Program Hyunwoo Cho dan Pengurus Program Ryan Oh.

Perjanjian ini menyatakan hasrat kedua-dua pihak untuk mempromosikan kerjasama dalam inovasi dan transformasi digital dengan menyokong dan membangunkan kerjasama pelaburan, membantu pengembangan pasaran global syarikat teknologi digital dari Sarawak dan Korea, serta meningkatkan pertukaran bakat yang berkemahiran tinggi dan usahawan berpotensi tinggi.

Kerjasama ini dicapai melalui aktiviti seperti acara dan program pelaburan; pencarian secara bersama, sokongan dan kemudahan untuk syarikat yang ingin berkembang ke pasaran global; potensi penubuhan mekanisme pelaburan dua hala; dan aktiviti perkongsian pengetahuan yang menumpukan kepada teknologi digital, ekosistem teknologi, ekuiti swasta, pelaburan modal ventura, dan topik-topik berkepentingan bersama.

Aktiviti lain termasuk penubuhan fasiliti kerjasama (Global Tech Studio) yang diambil bahagian oleh pemain ekosistem teknologi digital serta bentuk-bentuk aktiviti hubungan dan kerjasama lain yang mungkin dipersetujui secara bersama.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *