Tempatan

Sarawak kekurangan pekerja memanjat di menara telekomunikasi

SEBUYAU: Sarawak kekurangan pekerja mahir yang mampu memanjat dan bekerja di lokasi tinggi seperti di menara telekomunikasi. 

Perkara ini dimaklumkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi selepas melawat tapak pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Klait pada Jumaat. 

“Saya bertanya kepada siapakah steel erectors (pekerja kimpalan besi) yang berada di atas dan dimaklumkan mereka dibawa dari Sabah.

“Pihak kontraktor juga memaklumkan saya bahawa kita kekurangan pekerja mahir yang boleh panjat dan bekerja di tempat yang tinggi.Antara cabaran lain yang dilalui dalam pembinaan sesebuah menara telekomunikasi adalah keadaan muka bumi dan tanah di kawasan menara yang akan didirikan.

“Tanah gambut yang terdapat di kawasan menara ini melambatkan sedikit proses pembinaan kerana kita perlu mendapatkan pandangan beberapa agensi lain mengenai kedalaman cerucuk yang harus ditanam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *