Tempatan

Sarawak-Korea Selatan jalinkan kerjasama dalam R&D bioperubatan, farmaseutikal

KUCHING: Kerajaan Sarawak menjalinkan kerjasama dan perkongsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bioperubatan dan farmaseutikal dengan syarikat di Korea Selatan.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) pada Selasa, ke arah itu, lawatan telah dilakukan ke beberapa syarikat di Korew Selatan pada Isnin.

Katanya, delegasi yang telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (anak syarikat sepenuhnya SRDC), A/Prof Ivan Yap Kok Seng memulakan lawatan ke Bioneer Korea dan Institut Sains Asas Korea bagi membincangkan kerjasama.

“Perbincangan dijalankan berkaitan kerjasama dan rakan kongsi dalam bidang diagnostik molekul dan pembangunan bersama diagnostik baru untuk penyakit berjangkit yang relevan dengan Sarawak dan rantau ini, dengan potensi untuk memulakan kerjasama pada tahun 2024,” katanya.

Turut sama dalam delegasi ini adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Umum Sarawak Profesor Alan Fong, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Biodiversiti Sarawak Datu Dr Charlie Yeo serta beberapa yang lain.

Selain itu, kenyataan sama memberitahu, delegasi juga telah melawat Institut Sains Asas.

“Perbincangan dijalankan berkaitan kerjasama dalam bidang virologi termasuk kajian mekanisme asas, menubuhkan keupayaan teknologi CRISPR di SIDC, dan pembangunan modal insan termasuk program latihan praktikal yang membolehkan kakitangan dan pelajar dari Sarawak melaksanakan latihan di institut sehingga 12 bulan,” tambahnya.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *