Tempatan Sarawak pelawa pelabur Singapura berminat dalam tenaga boleh diperbaharui

Sarawak pelawa pelabur Singapura berminat dalam tenaga boleh diperbaharui

7

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengalu-alukan pelabur dari Singapura yang berminat menghasilkan produk nilai tambah daripada sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) terdapat di negeri itu.

Beliau berkata, pada masa ini, Sarawak mempunyai tiga sumber tenaga utama yang boleh diperoleh daripada air, petroleum dan gas.

“Jika anda (Singapura) mahu mempunyai pusat data, anda boleh datang ke Sarawak, saya beri ruang kepada anda…kami mendapat tenaga, sumber dari segi tenaga hidro di Bakun, kawasan itu mempunyai banyak air dan boleh menjadi sumber tenaga lain seperti solar terapung (tenaga suria),” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Kejuruteraan ASEAN-Australia (AAEC2022) di Kampung Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Hui Kian; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.

Abang Johari berkata, melalui AAEC, beliau berharap jurutera dari semua sektor industri bersama-sama membincangkan penyelidikan serta penyelesaian bagi mencapai Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan pemacu transformasi digital sambil mengoptimumkan keselamatan dan kemampanan.

“Kita perlu memastikan jurutera bersedia untuk masa depan digital, pada masa sama cabaran semakin meningkat untuk membina komuniti mampan bagi mengatasi kesan perubahan iklim, berdaya tahan terhadap iklim geopolitik dan ekonomi tidak menentu serta mempunyai penggunaan bertanggungjawab dan pengeluaran yang konsisten,” katanya.

Beliau berkata, di Sarawak, terdapat keperluan mendesak bagi meningkatkan produktiviti untuk kekal berdaya saing dan pada masa sama, mewujudkan persekitaran bersih, sihat dan berdaya tahan untuk generasi akan datang. –BERNAMA

Previous articleManchester United belasah Liverpool di Bangkok, Thailand
Next articleSarawak sedia bantu Indonesia bangunkan Nusantara
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here