Tempatan Sarawak perlukan lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan

Sarawak perlukan lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan

8

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih lima peratus daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyatnya, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ujarnya, tambahan peruntukan berkenaan yang dituntut itu merupakan hak Sarawak yang tidak boleh dinafikan.

“Peruntukan lebih banyak akan digunakan untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

“Pembangunan ini melibatkan pelbagai sektor, bukan sahaja untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, pelabuhan dan sebagainya malah bagi pendidikan, kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Jumaat. 

Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata, Sarawak juga memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk pembangunan estet perindustrian dan premis perniagaan.

“Kita juga mahu mempertingkatkan program pembangunan sosioekonomi serta program membasmi kemiskinan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berharap agar tiada lagi projek di Sarawak akan dibatalkan.

Selain itu Awang Tengah turut menegaskan janji berkenaan dengan hak Sarawak harus ditunaikan.

Previous articleGadis 18 tahun antara dua individu ditahan polis disyaki bookie pertaruhan Piala Dunia
Next articleSarawak tubuh syarikat penerbangan sendiri, tingkatkan pelancongan & memacu perniagaan 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here