Tempatan Sarawak sambut baik pembukaan semula sempadan

Sarawak sambut baik pembukaan semula sempadan

8

KUCHING: Keputusan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa bermula 1 April depan disambut baik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataannya pada Rabu berkata, pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April nanti sebagai sebahagian daripada peralihan ke fasa endamik.

“Ini adalah satu langkah yang baik untuk negara kita mengikut jejak langkah orang lain kerana mereka tidak mampu dari segi ekonomi atau tidak sanggup lagi menutup sempadan mereka.

“Australia telah membuka pintu sempada mereka pada 12 Februari termasuk beberapa negara jiran kita seperti Filipina, Indonesia dan Singapura,” katanya.

Tambah Dato Sri Abdul Karim lagi, kita perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 akan kekal, tetapi langkah berjaga-jaga yang baik, perjuangan untuk menentang lonjakkannya akan berakhir tidak lama lagi.

“Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam memastikan agenda pembangunan negeri berada di landasan yang betul.

“Kita memerlukan kebaikan ini kerana rezeki rakyat kita terancam. Kita perlu bekerja keras untuk memastikan kehidupan semua orang kembali normal,” tambahnya.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April 2022 ekoran peralihan fasa endamik.-SN

Previous articleCitrawarna Keluarga Malaysia 2022 cetus kluster baharu
Next articleBudak lelaki 4 tahun hilang masih belum dijumpai
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here