Tempatan Sarawak sasar 50 peratus PICKids hujung bulan Februari, setakat ini catat 6.8...

Sarawak sasar 50 peratus PICKids hujung bulan Februari, setakat ini catat 6.8 peratus

2

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berharap ibu bapa atau penjaga di negeri ini membenarkan anak-anak mereka diberikan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak -kanak (PICKids).

Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari berkata, ini kerana ibu bapa atau penjaga perlu meletakkan faktor keselamatan anak masing-masing sebagai keutamaan ketika ancaman COVID-19 masih berlarutan.

Katanya, kemunculan varian  Omicron menyebabkan wujud keperluan untuk menguatkan antibodi dan kanak-kanak juga wajar dilindungi.

”Terdapat ibu bapa yang masih ragu, saya harap mereka dapat membenarkan anak disuntik walaupun varian baharu tidak begitu teruk, namun kita mahu menurunkan jumlah kes jangkitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kota Sentosa pada Sabtu.

PPV Klinik Kesihatan Kota Sentoasa memberikan suntikan kepada 308 orang murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Stampin dan SJKC Chung Hua Pangkalan Baharu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut memaklumkan Sarawak telah berjaya memberikan vaksinasi kepada 19,430 kanak-kanak iaitu 6.8% daripada 286,000 jumlah kanak-kanak yang layak divaksin.

”Ini akan membolehkan sistem persekolahan berjalan seperti biasa dan tidak terganggu,” katanya.

Sementara itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memberitahu, Sarawak menyasarkan sebanyak 50 peratus kanak-kanak yang layak divaksin menerusi PICKids akan menerima suntikan masing-masing menjelang hujung bulan ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Previous articleKerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak wujudkan semula Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak
Next articleRangka mayat yang dijumpai adalah remaja dilaporkan hilang sebelum ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here