Infografik

Sarawak sedia bantu negara jiran tetangga jana tenaga lestari – Abang Jo

MALINAU (Kalimantan Utara): Sarawak bersedia berkongsi pengalaman dengan negara jiran dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharu untuk manfaat bersama dari segi kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi, jelas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

“Berbekalkan pengalaman membangunkan tiga stesen hidro sedia ada, Sarawak mempunyai keupayaan untuk membantu,” katanya dalam ucapan balas sempena Majlis Ramah Tamah antara rombongan dari Sarawak dan pemerintah Kabupaten Malinau di sini pada Selasa. 

Ujar Premier Sarawak lagi, sebagai sumber tenaga yang boleh terbesar di Malaysia, Sarawak sudah membekalkan tenaga eletrik ke Kalimantan Barat dan langkah seterusnya ialah penyaluran ke Sabah dan Brunei. 

Beliau yakin projek tersebut akan menarik lebih banyak pelaburan  ke Kalimantan Utara sekali gus mempertingkatkan ekonomi wilayah tersebut yang beliau anggap sebagai mempunyai budaya yang agak sama dengan Sarawak. 

Kebanyakan penduduk di lokasi projek tersebut adalah daripada keturunan Lun Dayeh dan Punan.

#sarawaknews 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *