Tempatan Sarawak, Singapura jalin kerjasama kukuh

Sarawak, Singapura jalin kerjasama kukuh

14

KUCHING: Pelbagai perkara yang membawa kepada kepentingan bersama antara Sarawak dengan Singapura dibincangkan dalam pertemuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama-sama Menteri Kedua Perdagangan dan Perindustrian Singapura Tan See Leng.

Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bersama-sama See Leng turut membincangkan tentang kerjasama berkaitan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi hijau dan hidrogen.

Terdahulu, Premier Sarawak sempat menyampaikan ucaptama di Singapura, menyentuh isu semasa perdagangan dunia dan serantau serta pelbagai inisiatif baharu kerajaan negeri.

Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar itu dijemput sebagai penceramah jemputan dalam Dialog Endowmen S. Rajaratnam 2022 (SRED 2022) anjuran Yayasan Temasek.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd, Datuk Sharbini Suhaili turut hadir.

Di bawah kepimpinan Abang Zohari sebagai ketua Kerajaan GPS, inisiatif berani ini diperkenalkan untuk mentransformasikan ekonomi Sarawak yang merangkumi ekonomi digital, ekonomi hydrogen dan ekonomi hijau.

Seterusnya, untuk kepentingan pembiayaan alternatif melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Transit Pantas Autonomi (program ART) untuk memodenkan pengangkutan awam, Pusat Sains Sarawak dan pertanian komersial dipacu teknologi untuk menjadikan Sarawak sebagai eksport bersih produk makanan.

Dalam program yang sama, Premier Sarawak turut ditemu bual oleh Straits Times.

Pelbagai soalan diutarakan termasuk pembangunan ekonomi di Sarawak, autonomi negeri tersebut dan hak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous article‘Masih perlu patuh SOP, jaga diri melawat kubur’ – Perdana Menteri
Next articleSarawak guna pakai protokol baharu langkah-langkah pencegahan COVID-19 berkuatkuasa 1 Mei ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here