Tempatan

Sarawak Skills tawar Program Latihan Gentian Optik Komprehensif pada 22 dan 23 Ogos depan

KUCHING: Sarawak Skills akan mengadakan program latihan Gentian Optik yang komprehensif di Sarawak Skills Tabuan Jaya, Kuching pada 22 dan 23 Ogos 2023.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, ia diadakan selepas Sarawak Skills telah menerima banyak permintaan daripada pelbagai sektor industri untuk menawarkan program latihan berkenaan di Kuching.

“Dengan semakin pentingnya ekonomi digital, terdapat keperluan mendesak untuk melengkapkan tenaga kerja hari ini dengan pengetahuan dan kecekapan atau kemahiran yang berkaitan untuk berkembang maju dalam ekonomi global yang sentiasa berubah dan bertenaga.

“Program latihan Gentian Optik yang komprehensif ini akan menjadi langkah penting ke hadapan dalam membangunkan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk menyokong transformasi enam sektor ekonomi utama Sarawak (enjin pertumbuhan utama) selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030),” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Hallman yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) menambah, program tersebut akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan industri bagi mereka yang terlibat dalam industri itu termasuk juruteknik, jurutera projek dan penyelia tapak.

Pendaftaran sedang dijalankan untuk program latihan Gentian Optik komprehensif yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Latihan Korporat Sarawak Skills Adrian Hon, di talian 082-539222 atau 016-8661017 atau e-mel: adrian@ppks.edu.my.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *