Tempatan Sarawak Tambah Peruntukan RM30 Juta Bantu Peminjam PTPTN

Sarawak Tambah Peruntukan RM30 Juta Bantu Peminjam PTPTN

5

KUCHING: Dalam inisiatif dahulu, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Yang di Pertua PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta lagi bagi membantu pelajar Sarawak dalam melangsaikan pinjaman PTPTN. 

Ini selepas permohonan Timbalan Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Ahli Parlimen Sibuti di Majlis Penangguhan Perhimpunan PBB Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. 

“Pasal PTPTN. Sebelum ini kita buat RM30 juta. 

“Ok, setuju tambahan RM30 juta,” katanya. 

Tambahan inisiatif PTPTN ini bertujuan membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan pinjaman dengan PTPTN. 

Previous articleJenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
Next articlePolis Sarawak berjaya rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM37,419
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here