Tempatan Sarawak tubuh syarikat penerbangan sendiri, tingkatkan pelancongan & memacu perniagaan 

Sarawak tubuh syarikat penerbangan sendiri, tingkatkan pelancongan & memacu perniagaan 

9

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri bagi meningkatkan industri pelancongan dan memacu perniagaan di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata syarikat penerbangan tersebut tidak bermotifkan keuntungan, sebaliknya, hanya untuk membantu memudahkan ketibaan pelancong ke Sarawak.

“Matlamatnya adalah untuk terbang ke destinasi antarabangsa seperti Singapura, Jakarta, Hong Kong, Jepun dan Bangkok,” katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-9 di sini pada Khamis. 

Jelasnya lagi, usaha ini akan menjadi pemangkin ke arah membawa Sarawak ke peringkat seterusnya dengan kesalinghubungan dan akses yang lebih baik kepada dunia.

Tambahnya, kesalinghubungan udara yang lebih baik bukan sahaja akan meningkatkan pelancongan, tetapi, ia akan memudahkan dan mempercepatkan pembangunan sosioekonomi, perdagangan dan e-dagang di Sarawak.

Previous articleSarawak perlukan lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan
Next articlePembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak siap sepenuhnya 2024
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here