Tempatan

Sarawak tuntut lebih banyak kerusi Parlimen – Datuk Sharifah Hasidah

KUCHING: Kerajaan Sarawak membuat satu lagi tuntutan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dengan menambah bilangan wakil rakyat di Parlimen.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini adalah berdasarkan kepada susulan pindaan terhadap Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mula berkuatkuasa pada 11 Februari lalu.

Katanya, Kerajaan Sarawak menyedari pentingnya keseimbangan wakil di dalam Parlimen dengan mengambil kira kedudukan semasa pembentukan Malaysia.

“Kita sedia maklum pada 15 Februari 2022, Kerajaan Sarawak telah membuat pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sarawak dan antara lain telah memasukan definisi Persekutuan untuk mengiktiraf kedudukan MA63 dan pindaan Perlembagaan Persekutuam berkuat kuasa 11 Februari 2022.

“Pindaan ini mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada 1976 yang mana pindaan pada 1976 tersebut meletakan Sarawak sebagai salah satu negeri dan negeri lain.

“Kerajaan Sarawak akan dari semasa ke semasa mengkaji keperluan untuk membuat sebarang pindaan yang difikirkan perlu bagi memastikan kepentingan Sarawak dijaga,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Khamis. 

Kini, Dewan Rakyat mempunyai sejumlah 222 kerusi membabitkan 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala 56 kerusi lagi di Borneo meliputi 31 Parlimen di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah. 

Seperti yang termaktub MA63, Sarawak dan Sabah harus memeliki satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *