Tempatan Sarawak turut beralih ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April

Sarawak turut beralih ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April

5

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil keputusan untuk memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April depan, jelas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia merupakan strategi keluar untuk membolehkan rakyat menjalani kehidupan normal selepas dua tahun memerangi wabak Covid-19.

“Ini bermaksud contohnya seseorang itu balik dari negara Kanada, dia tidak akan dikuarantin asalkan sudah mendapat suntikan penuh vaksin Covid-19.

“Pada masa yang sama, sempadan negeri kita juga akan dibuka. Warga asing boleh masuk ke sini dengan syarat kesihatan yang kurang ketat.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilonggarkan. JPBN akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai SOP baharu tersebut dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Wanita Dayak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat.

Tambah Datuk Amar Douglas, JPBN Sarawak kini sedang merancang logistik dan strategi bagi membolehkan sempadan Sarawak dibuka.

Tegas beliau, walaupun Sarawak akan beralih ke Fasa Peralihan Endemik, orang ramai diingatkan untuk terus menjaga keselamatan diri sendiri dengan sentiasa memantau risiko dan gejala jangkitan serta mengamalkan TRISS (Ujian, Lapor, Kuarantin, Maklum dan Dapatkan Bantuan). – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSeorang anggota polis PGA berpangkat Koperal ditemui maut
Next article7.5 juta rakyat Malaysia belum mengambil dos penggalak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here