Sukan Sarawak United FC rebah lagi di Stadium Negeri

Sarawak United FC rebah lagi di Stadium Negeri

13
Perebutan bola antara pemain Sarawak United FC Kouassi Francis Kone dengan pemain Sabah FC Rawilson Batuil (kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Negeri pada Ahad. Sarawak United FC tewas 0-1- Gambar Bernama

KUCHING: Malang terus menimpa pasukan Sarawak United FC (SUFC) apabila mencatat kekalahan ketiga dalam kempen Liga Super 2022.

Dalam pertembungan ‘Borneo Derby’ di Stadium Negeri Petra Jaya pada Ahad, SUFC sekali lagi tewas di laman sendiri, kali ini di tangan Sabah FC dengan jaringan 0-1.

Meskipun menampilkan aksi bertenaga namun ketumpulan jentera serangan masih menjadi duri dalam daging pasukan kendalian B Sathianathan untuk mencipta jaringan sepanjang perlawanan.

Kesilapan pertahanan SUFC, Stuart James Wark membentes penyerang Sabah, Altemir Cordeiro dalam petak bahaya mengundang padah apabila pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab tidak ada pilihan lain kecuali menghadiahkan sepakan penalti.

Kapten Sabah, Baddrol Bakhtiar tidak mensia-siakan peluang itu dengan menjaringan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-80.

Kekalahan terbaru itu meletakkan SUFC di tangga ke-11 dengan hanya mengutip 1 mata dari 4 perlawanan setakat ini.

Pasukan itu akan meneruskan kempen menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 17 April ini. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleHarga tiket melambung sehingga 566%, bebankan warga Sabah, Sarawak sambut Aidilfitri
Next articleE-Pemula boleh mula dipohon mulai 11 April 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here