Tempatan Satu kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sarawak

Satu kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sarawak

6

KUCHING: Satu kematian akibat jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Bentong pada 17 Februari lepas, menurut laporan harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, kadar jangkitan COVID-19 mencatatkan sebanyak 294 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 256,671 kes.

JPBN berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 128 kes merupakan kategori 1, 164 kes adalah kategori 2 manakala dua kes lagi dalam kategori 5.

“Daerah Miri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 78 kes, diikuti Sibu (75), Kuching (74), Kanowit (14), Sarikei (11), Kapit (8), Song (7), Bintulu (6), Serian dan Sri Aman (4), Samarahan (3) dan Mukah (2).

“Manakala, di Limbang, Bau, Asajaya, Saratok, Subis, Matu, Telang Usan dan Pakan masing-masing mencatatkan satu kesalahan” katanya.

Dalam pada itu, 10 kompaun telah dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka.-SN

Previous articleProgram Jualan Keluarga Malaysia diperluas seluruh negara
Next articleSarawak sasar jadi pembekal utama elektrik di Asean
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here