Menarik

Sebutir Berlian Biru dijual pada harga AS$43.8 juta

GENEVA: Sebutir berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga 39.5 juta franc Swiss (AS$43.8 juta) pada lelongan Christie’s di Geneva pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Batu permata 17.61 karat yang dikenali sebagai “Bleu Royal” adalah antara satu daripada 10 permata termahal yang pernah dijual pada acara lelongan, menurut jurucakap rumah lelong itu.

Seorang pengumpul persendirian enggan dikenali mengemukakan bidaannya itu pada Selasa, mengatasi dua pembida lain.

Christie’s berkata “Bleu Royal,” berwarna biru terang yang diikat pada sebentuk cincin, merupakan berlian tanpa cela terbesar pernah ditawarkan di lelongan.

Nilai pralelongan batu terang itu, yang panjangnya kira-kira 13 milimeter dan lebar 8 milimeter, adalah antara AS$35 juta dan AS$50 juta.

Penjual cincin itu tidak dinyatakan. “Bleu Royal” merupakan sebahagian daripada “koleksi peribadi penting” sejak 50 tahun lalu, kata Christie’s. -BERNAMA

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News.

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022   

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/   

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/   

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news   

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com?_t=8gnGtBJwRWS&_r=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *