Tempatan SEDC Mahu Pihak Swasta Tingkatkan Penglibatan Dalam Sektor Perhotelan

SEDC Mahu Pihak Swasta Tingkatkan Penglibatan Dalam Sektor Perhotelan

10

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mahukan supaya pihak swasta turut sama meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor perhotelan negeri memandangkan potensinya yang cukup besar.

Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husein berkata sektor perhotelan kini semakin rancak dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan selepas sempadan negara mula dibuka untuk menerima kehadiran pelancong luar mulai April lepas.

“Kita mahukan supaya sektor swasta juga memainkan peranan, bukan hanya SEDC dalam menyediakan perhidmatan perhotelan kepada pelancong,” katanya pada pada sidang media sempena pembukaan semula Hotel Riverside Majestic di sini, hari ini.

Katanya Hotel Riverside Majestic yang merupakan anak syarikat milik SEDC  juga telah dinaikkan taraf kepada hotel bertaraf lima bintang dan mula beroperasi mulai esok setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19 serta kerja-kerja pengubahsuaian.

Abdul Aziz berkata selain memberi tumpuan kepada pembukaan hotel di bandar raya Kuching, SEDC juga merancang untuk membina hotel-hotel kecil di kawasan-kawasan lain di Sarawak seperti Marudi, Limbang dan Lawas.-BERNAMA

Previous articleIIM dan kerajaan Sarawak bekerjasama laksana program integriti
Next articlePelbagai pendekatan digunakan sebagai penyelesaian jangka panjang tingkatkan jaminan keselamatan makanan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here