Tempatan

SEDC rai anak yatim berbuka puasa

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) meraikan insan yang kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan tahun ini dengan berbuka puasa dan memberi sumbangan duit raya di Hotel Grand Margherita, di sini semalam.

Majlis yang diadakan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh SEDC untuk golongan yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak yang berteduh di Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol (RKKDAA) Sri Aman dan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah (RKKTPHN) Kuching.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Pengerusi SEDC Sarawak Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain diringi oleh Pengurus Besar, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, Ahli lembaga pengarah RKKTPHN DAN RKKDAA, ketua-ketua jabatan dan pengurusan tertinggi SEDC.

Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *