Tempatan Sejak 2015 hingga Mei 2022, 36 kes mangsa serangan buaya di Sarawak

Sejak 2015 hingga Mei 2022, 36 kes mangsa serangan buaya di Sarawak

15

KUCHING: Sebanyak 36 mangsa kes serangan buaya dicatatkan di Sarawak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khairuddin Drahman berkata, bagi tempoh hampir 8 tahun termasuk separuh tahun ini, tahun 2021 mencatat bilangan tertinggi sebanyak 9 kes.

Sementara pada tahun 2020 pula, pihaknya telah menerima 8 laporan kes mangsa diserang buaya.

“Manakala, kes tertinggi direkodkan di Bahagian Betong dengan 9 kes dam diikuti 8 kes di Bahagian Miri,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu Kuching mencatat 4 kes sambil Samarahan dan Sibu mencatat masing-masing 3 kes. 

Tambah Datu Khairuddin lagi, pada tahun ini 3 kes telah dicatatkan membabitkan wanita berusia 43 tahun dibaham buaya di Batu Niah pada Mac lepas manakala dua kes di Kuching membabitkan di Lundu dan Telaga Air. 

Previous articleTarikh PRU15 terus jadi persoalan, ada negeri sudah buat persiapan
Next articleCacar monyet kini merebak ke Israel, boleh berjangkit menerusi seks
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here