Dunia Sekuel “Doctor Strange and the Multiverse of Madness” raih kutipan pecah panggung...

Sekuel “Doctor Strange and the Multiverse of Madness” raih kutipan pecah panggung AS$185 juta

20

FILEM sekuel “Doctor Strange and the Multiverse of Madness” raih kutipan pecah panggung sehingga AS$185 juta pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat dan Kanada.

Kutipan ini menandakan prospek positif tayangan filem musim panas.

Menurut Walt Disney, filem adi wira itu catat kutipan berkenaan melebihi dua kali ganda pembukaan “Doctor Strange” yang pertama, iaitu AS$85 juta pada 2016.

Ia juga merupakan angka pembukaan terbesar tahun ini.

“Doctor Strange” mendahului “The Batman” AS$134 juta dan “Spider-Man: Far from Home” AS$260.1 juta.”

Di peringkat antarabangsa, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan anggaran kutipan AS$265 juta sejak dibuka pada Rabu.

Secara keseluruhan, “Doctor Strange 2” telah mengutip AS$450 juta.

“The Bad Guys” terbitan Universal dan Dreamworks Animation jatuh ke tempat kedua dengan anggaran kutipan AS$9.8 juta, manakala “Sonic the Hedgehog 2,” dari Paramount di tempat ketiga dengan AS$6.2 juta.-ASTRO AWANI

Previous article929,427 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun lengkap terima vaksin
Next articleMedia baharu: Media konvensional jangan rasa terancam, belajar adaptasi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here