Tempatan Selesai isu tuntutan MA63 dalam tempoh sebulan – Fadillah

Selesai isu tuntutan MA63 dalam tempoh sebulan – Fadillah

14

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan segala tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, arahan yang telah diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan cuba diselesaikan dengan sebaiknya.

“Saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali untuk berjumpa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor supaya melihat keutamaan Sabah dan Sarawak serta mendapatkan input daripada kerajaan Sabah mengenai perkara MA63.

“Perkara-perkara berbangkit (mengenai MA63) yang boleh kita selesaikan dalam masa sebulan kita cuba selesaikan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata perkara mengenai MA63 yang boleh diselesaikan atau boleh dimuktamadkan dalam tempoh sebulan akan dimuktamadkan.

“Selebihnya jika ada beberapa perkara yang perlu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan kelulusan, kita akan bawa (bentang) ke Dewan Rakyat,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Fadillah juga mendedahkan bahawa beliau juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dikurangkan.-SUARA SARAWAK

Previous articlePelajar lelaki tingkatan tiga maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan
Next articleSaya sedia bimbing FAS – Rahman
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here