Nasional Semakan tawaran sekolah khusus Selasa ini

Semakan tawaran sekolah khusus Selasa ini

14

KUALA LUMPUR: Tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus 2022 ialah pada Selasa depan.

Ia membabitkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan. 

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, semakan tawaran itu boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM.

“KPM juga menetapkan tarikh pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 hingga 25 Mac ini. 

“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April, manakala pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan KPM.

“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April, manakala pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/,” katanya, hari ini.-BHARIAN

Previous articleBudak lelaki 4 tahun hilang masih belum dijumpai
Next articleKos murah dan mudah, jenayah siber kini pilihan penjenayah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here