Nasional Sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM

Sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM

14

JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia memberi jaminan akan membuka sempadan negara dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini negara sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke beberapa negara tertentu, sebagai langkah berperingkat dalam membuka semula sempadan antarabangsa.

Ujarnya lagi, ahli keluarga yang sudah lama terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta penutupan sempadan, diharap dapat bersama semula tidak lama lagi, termasuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri.

“Selain Singapura dan Indonesia, kerajaan dalam proses melaksanakan VTL darat dengan Brunei dan Thailand dan dengan pembukaan semula sempadan.

“Ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tak bersua muka dapat pulang terutama semasa Hari Raya pada Mei nanti.

“Hari raya ni ramai tunggu-tunggu. Dalam waktu terdekat kita akan mula membuka sempadan negara kita,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi  Keluarga Malaysia (JAKM) yang berlangsung di destinasinya yang pertama, iaitu Johor.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Halimah Sadique, serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Previous articleSarawak bersedia sumbang dana jayakan Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road dan Trans Borneo
Next articleKerajaan akan gubal dasar memperkasakan TVET
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here