Dunia Semua kediaman di Jepun akan dilengkapi panel solar selepas April 2025

Semua kediaman di Jepun akan dilengkapi panel solar selepas April 2025

7

TOKYO: Semua kediaman baharu di Tokyo yang dibina selepas April 2025 oleh pemaju rumah berskala besar perlu dilengkapi panel tenaga solar untuk mengurangkan pelepasan karbon isi rumah.

Memetik laporan Reuters, peraturan baharu itu diluluskan oleh perhimpunan tempatan ibu negara Jepun, pada Khamis.

Peraturan ini adalah yang pertama bagi perbandaran yang mewajibkan kira-kira 50 syarikat pemaju utama melengkapkan kediaman berkeluasan sehingga 2,000 meter persegi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui, khususnya panel solar.

Minggu lalu, gabenor Tokyo, Yuriko Koike, memaklumkan hanya empat peratus daripada bangunan di bandar raya itu dipasang panel solar.

Kerajaan Jepun menyasarkan untuk mengurangkan separuh pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.

Jepun, pemancar karbon kelima terbesar di dunia komited mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 tetapi menghadapi kesukaran kerana banyak bergantung pada kuasa terma pembakaran arang batu selepas kebanyakan reaktor nuklearnya berlaku selepas bencana Fukushima 2011.

Risako Narikiyo, anggota parti wilayah Koike Tomin First no Kai memberitahu selain krisis iklim global sedia ada, Jepun juga menghadapi krisis tenaga ditambah perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan.

“Tiada masa untuk dibazirkan,” katanya.-AWANI

Previous articleEmpat parti komponen GPS tandatangani perjanjian sokong Anwar
Next articleBerita baik berkaitan telekomunikasi menjelang Krismas untuk B40, M40
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here