Nasional Semua penjawat awam terima BKK termasuk tidak lengkap dos vaksin

Semua penjawat awam terima BKK termasuk tidak lengkap dos vaksin

10

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Susulan itu beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata perkara-perkara lain dalam pekeliling itu masih terpakai.

Pada 5 April lepas, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri juga menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama meskipun ia tidak diwajibkan. -BERNAMA

Previous articleKos tunai haji dijangka cecah RM50,000
Next articleHarga tiket penerbangan mahal, rakyat Sarawak dan Sabah tidak puas hati
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here