Tempatan Seorang budak lelaki disambar buaya ketika mengambil air sungai di Kampung Nyabut

Seorang budak lelaki disambar buaya ketika mengambil air sungai di Kampung Nyabut

18

KUCHING: Seorang budak lelaki telah disambar buaya semasa aktiviti mengambil air di sungai di Kampung Nyabut, Lorong 2, Telaga Air di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak, pihaknya telah mengarahkan sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang diketuai PBK II Pero Guyuh sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9:30 pagi ini.

“Mangsa seorang budak lelaki dikatakan bersama nenek dan kakak sedang duduk ditebing sungai telah disambar buaya semasa aktiviti mengambil air di sungai,” katanya.

Menurut saksi yang juga ibu dan kakaknya, waktu kejadian berlaku pada jam 8:30 pagi dengan mangsa tidak timbul dan terus hilang di dalam air.

Dalam pada itu, PGO Sarawak menghubungi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan bantuan Pasukan SWAT SFC.

Previous articleTradisi kek ‘kelapa meja’ di Sarawak semakin pudar
Next articlePelajar lepasan Kolej Vokasional punyai peluang cerah dapat pekerjaan selepas tamat pengajian
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here