Tempatan Seorang lelaki buli OKU berjaya diberkas kurang 6 jam

Seorang lelaki buli OKU berjaya diberkas kurang 6 jam

3

KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang disyaki membuli seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah bangunan di Bandar Baru Samariang telah diberkas kurang dari 6 jam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata dalam kejadian itu, suspek yang berusia 24 tahun itu telah bertindak mengacukan mercun ke arah mangsa serta cuba memukul mangsa dengan menggunakan objek tumpul.

Katanya, suspek kini direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera ke atas mangsa dengan menggunakan objek.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media di Kuching pada Rabu.

Tambah ACP Ahsmon, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai berkenaan bahan letupan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda jika disabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu hasil saringan air kencing suspek didapati negatif dadah dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Bagaiamanapun, mangsa yang berusia 40 tahun dalam keadaan stabil ketika ini.

Sementara itu, rakan suspek yang merakam video yang tular di media sosial telah dikenal pasti dan akan disoal siasat bagi membantu siasatan.

Previous article2 lelaki ditahan dalam kejadian berasingan di Kuching
Next articleDua rumah ranap dalam kebakaran di Mukah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here