Tempatan

Seorang lelaki ditahan disyaki miliki dadah jenis Syabu 

BINTULU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis Syabu seberat 0.5 gram. 

Menurut Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu (PPMW5) ASP Ezuandi Bahadin berkata, operasi bersepadu yang disertai anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah menjalankan pemeriksaan di tempat letak kereta wharf penambang Taman Sri Dagang Bintulu dan menahan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, saspek lelaki, 31 tahun ditahan kerana memiliki keratan straw tiub lutsinar berbentuk ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu seberat 0.5 gram bernilai RM50 dijumpai dari dalam poket hadapan beg sandang warna hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Saspek kemudiannya ditangkap dan diserahkan kepada narkotik IPD Bintulu untuk siasatan lanjut. 

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *