Tempatan

Serangan bersenjata di Kuching: Polis tangkap seorang suspek

PADAWAN: Suspek pertama daripada sekumpulan lelaki berjumlah enam hingga tujuh orang merusuh dengan senjata tajam di perkarangan sebuah rumah di Jalan Batu Kawa, Kuching berjaya dikesan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek akan direman di Mahkamah Kuching hari ini bagi membantu siasatan.

“Pada 6 Februari 2024, jam 11:05 malam, telah terkesan sebuah video yang dimuat naik ke aplikasi Telegram melalui portal berita media massa Edisi Siasat mengenai  satu kejadian rusuhan yang melibatkan sejumlah lelaki bersenjatakan objek tajam dan batang besi telah dirakam dalam.

“Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 52,000 dimana sekumpulan lelaki dalam jumlah enam hingga tujuh orang telah merusuh di sebuah rumah di Jalan Batu Kawa, Kuching, memecahkan harta benda di perkarangan rumah tersebut.

“Polis IPD Padawan telah menerima laporan pada 4 Februari 2024 daripada seorang pengadu wanita mengenai insiden ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abang Zainal Abidin memaklumkan, walaupun tiada kecederaan dilaporkan, motif rusuhan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dengan menggunakan senjata dan juga dibawah Seksyen 427 kanun yang sama iaitu khianat.

“Sabitan bagi kesalahan pertama ini membawa kepada hukuman pemenjaraan sehingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua membawa kepada pemenjaraan selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelas beliau lagi.

Tegasnya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan akan terus berusaha mengesan suspek yang lain dan percaya tangkapan susulan ke atas saki baki rakan sejenayah akan dapat dilakukan dalam waktu terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *