Tempatan

Sibu International Base Jump kembali

SIBU: Sibu International Base Jump yang terhenti penganjurannya selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19, kini kembali.

Residen Sibu, Wong Hee Sieng berkata, penganjuran kali ke-12 itu akan bermula pada 15 September selama tiga hari di Wisma Sanyan, kawasan yang menjadi penganjurannya sebelum ini.

Menurut penganjur, setakat ini mereka telah menerima pengesahan daripada beberapa penerjun tempatan dan antarabangsa dalam Sibu International Base Jump ini.

“Jumlah keseluruhan peserta akan dapat diketahui pada 14 September iaitu pada hari terakhir penyertaan,”katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Ujar beliau lagi acara berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Wisma Sanyan dan Ababil Base Jump Club yang juga merupakan penasihat teknikal.

Menurutnya, penerjun yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di laman web www.sibuinternationalbasejump.com sebelum 14 September.

Penerjun yang pernah beraksi pada edisi yang lalu dijangka akan kembali pada tahun ini termasuk dari Amerika Syarikat, Belarus, Australia, Belgium, Kanada, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, New Zealand, Rusia, United Kingdom dan juga penerjun tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *