KUCHING: Seni silat bukan lagi sukan orang kampung, tetapi kini setanding dengan sukan-sukan lain seperti taekwondo dan wushu.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sukan tersebut bukan sahaja sebagai mempertahankan diri tetapi juga memartabatkan budaya dan warisan.