Dunia Singapura sambut Hari Raya Aidilfitri hari ini

Singapura sambut Hari Raya Aidilfitri hari ini

16

SINGAPURA: Mufti Negara, Dr. Nazirudin Mohd Nasir hari ini mengumumkan umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa bersamaan 3 Mei ini.

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan 1 Syawal bagi negara ini, lapor berita.mediacorp.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

“Ini bererti esok (2 Mei) adalah hari yang mencukupkan bulan Ramadan selama 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Selasa (3 Mei).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat di Singapura, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan.

“Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal kebajikan kita sepanjang Ramadan dan sentiasa memelihara umat Islam Singapura dan pastikan anda terus berhati-hati ketika beraya nanti,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Previous articleGara-gara Hari Raya Aidilfitri, duit di mesin ATM habis
Next articleBalik kampung atau ‘mudik’ sempena Aidilfitri, terperangkap 15 jam atas jalan raya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here