Dunia

SK Earthon akan teroka pelaburan sektor lain di Sarawak

KUCHING: SK Earthon yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh SK Innovation Co. Ltd Korea Selatan akan meneroka serta menilai kemungkinan untuk melabur dalam pelbagai sektor lain di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau menggalakkan kumpulan SK mengkaji potensi pelaburan pertengahan dan hiliran di Sarawak termasuk di Lawas dengan memanfaatkan limpahan kuasa hidro dan rizab gas Sarawak, serta potensi simpanan karbon.

Beliau juga menggalakkan Kumpulan SK mengkaji potensi pelaburan pertengahan dan hiliran di Sarawak termasuk di Lawas dengan memanfaatkan limpahan kuasa hidro dan rizab gas Sarawak, serta potensi simpanan karbon.

Awang Tengah berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Khamis susulan melakukan kunjungan terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SK Earthon, Seong Myeong.

Terdahulu, beliau turut memuji SK Earthon dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) atas kerjasama kedua-dua pihak di dalam penerokaan minyak dan gas SK427 di luar pesisir Sarawak.

Sementara itu, SK Earthon juga berkata, pihaknya teruja dengan peluang baharu yang dipromosikan oleh Kerajaan Sarawak dan akan menilai kemungkinan untuk melabur bukan sahaja dalam aktiviti minyak dan gas tetapi juga aktiviti lain seperti pembuatan dan lain-lain.

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *