Tempatan

SMK Gedong terima RM15 juta untuk naik taraf prasarana uzur

GEDONG: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi menaik taraf prasarana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong yang berada dalam keadaan uzur.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, peruntukan ini akan membantu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan kondusif.

“Saya akan berusaha kerana ini adalah peruntukan khas kerajaan Sarawak kepada SMK Gedong. Anggaran saya adalah lebih kurang RM15 juta kerana ia melibatkan blok baharu termasuk landskapnya.

“Ini seperti membina sekolah yang baharu,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan Kem Belia E-mart di sini pada Ahad.

Abang Zohari turut memaklumkan, selain SMK Gedong, kerajaan Sarawak juga akan menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng di Simunjan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu menambah, kerajaan Sarawak sentiasa bersedia membangunkan sekolah di seluruh negeri tanpa mengira kawasan agar pelajar dapat terus bersemangat untuk belajar dan ia seterusnya membolehkan Sarawak memiliki rakyat yang berpendidikan tinggi serta dapat bersama membantu dalam memajukan negeri ini.

Foto: JAPEN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *