Nasional

SOP COVID-19 terkini akan dikemaskini dalam masa terdekat – KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan perkara ini selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu mengumumkan bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

“Kami di KKM sedang membincangkan langkah-langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat, meskipun COVID-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan global yang menjadi kepentingan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang telah dimuatnaik di akaun Facebook milik beliau pada Selasa.

Dr. Zaliha juga menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan SOP sedia ada serta mengamalkan langkah keselamatan diri termasuk penggunaan pelitup muka ketika di tempat awam terutama bagi yang mengalami gejala, dan menjaga kebersihan tangan dan diri.-SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *