Tempatan

‘Soup Kitchen’ di CSSC Kuching terima sijil halal

KUCHING: ‘Soup Kitchen’ di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Kuching kini telah menerima pengesahan pensijilan halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah telah menyaksikan penyerahan sijil halal tersebut daripada wakil JAIS kepada Presiden Pertubuhan untuk Masyarakat Miskin Bandar Kuching (SKUP), Dato Fabian Wong yang diadakan semasa program kesejahteraan komuniti rentan sempena sambutan Tahun Baru Cina di CSSC Kuching semalam.

Fatimah berkata, dengan Sijil Halal itu, klien atau komuniti yang memerlukan dapat menikmati makanan yang dijamin bersih dan halal di Soup Kitchen di CSSC Kuching.

“Tahniah kepada Soup Kitchen kita dan SKUP,” katanya.

Fatimah memberitahu, Soup Kitchen yang dikendalikan oleh SKUP telah beroperasi sejak Disember 2022 di CSSC Kuching untuk menyediakan makanan bermasak bagi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma kepada golongan yang memerlukan berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, antara Disember 2022 dan 2023, Soup Kitchen telah menyediakan 37,513 hidangan untuk golongan yang memerlukan yang aman 68 peratus adalah untuk makan tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *