KUCHING: Aplikasi e-dompet Sarawak, Spay Global kini boleh ditambah nilai pada kadar minumum RM10, mulai hari Khamis
Khabar baik itu diumumkan SPay Global menerusi notifikasi dalam aplikasi e-dompet terbabit sekitar jam 4:00 petang tadi berserta tanda pagar (hashtag) #hanyaRM10 dan #SPayGlobalPrihatin.
Sebelum ini, aplikasi e-dompet yang diilhamkan Kerajaan Sarawak hanya menetapkan pengisian minimum berjumlah RM30 manakala kadar maksimum adalah RM3,000.
SPay Global merupakan platform untuk penggunanya melakukan pembayaran tanpa tunai ‘cashless’ seperti pembayaran bil, parkir sekali gus turut menyediakan khidmat pemindahan wang.