Nasional Politik

SPRM sahkan beku beberapa akaun milik Bersatu

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu bagi tujuan membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.

Pada 6 Dis lepas Azam berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu. –BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *