Tempatan SPRM sahkan tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000

SPRM sahkan tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000

3

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap projek jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati tidak ada sebarang unsur rasuah dalam projek itu.

Menurut sumber, ibu pejabat telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

Sumber itu berkata, hasil semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan.

“Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar,” kata kenyataan itu pada Selasa.

JKR Sarawak baru-baru ini mengundang kritikan setelah memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menurutnya menelan kos RM50,000.

Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut, dan ada yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan untuk apa yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kuala Baram
Next articleCadangan naik taraf Masjid Darulhana Patingan akan dikemukakan kepada Premier Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here