Tempatan Sri Aman, Serian diisytihar kawasan ASF

Sri Aman, Serian diisytihar kawasan ASF

10

KUCHING: Selepas Sibu dan Sarikei, Sri Aman dan Serian pula diisytihar sebagai Kawasan Kawalan Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang baharu di Sarawak.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata ia susulan laporan media Indonesia mengenai wabak ASF di Kalimantan Barat.

“Pada masa sama, ternakan babi kampung di Kampung Mapu Kijabu dan Kampung Daha Kisau di Serian telah disahkan positif ASF oleh makmal Veterinar Sarawak,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu, pada 6 April lepas telah dikesan virus ASF di rumah sembelih Krokop Miri dan menyebabkan arahan penutupsan dikeluarkan mengikut Seksyen 25, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 sebagai langkah kawalan untuk menghalang penularan penyakit berkenaan.

Dato Sri Dr Rundi menambah, ia bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan dengan berkesan.

Sementara itu, Jabatan Veterinar Sarawak membenarkan pergerakan daging babi dari Sibu, Samarahan dan Kuching untuk dihantar ke Miri bagi menampung keperluan bekalan babi di Utara Sarawak.

Bagaimanapun, pergerakan babi hidup ke Miri untuk penyembelihan diberhentikan buat sementara waktu.

“Bekalan mencukupi untuk perayaan Hari Gawai akan datang.

“Jabatan Veterinar Sarawak sentiasa proaktif dalam memantau ASF dan membantu penternak yang terjejas bagi memastikan bekalan di pasaran selamat untuk dimakan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penternak babi untuk memperketatkan biosekuriti ladang masing-masing bagi mengelak jangkitan ASF.

“Pemberian sisa dapur yang mungkin dicemari ASF kepada babi perlu dihentikan kerana terbukti banyak kes jangkitan melalui cara ini.

“Orang awam turut dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti memburu babi hutan di kawasan berdekatan sempadan,” katanya.

Previous articleKerajaan sasar bentang Akta Antilompat Parti pada Ogos nanti – PM Ismail Sabri
Next articleHarga tiket melambung sehingga 566%, bebankan warga Sabah, Sarawak sambut Aidilfitri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here