Tempatan

SSD anjur Minggu Antarabangsa Orang Pekak & Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa 2023 pada 23 September

KUCHING: Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD) akan menganjurkan Minggu Antarabangsa Orang Pekak dan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa 2023 pada 23 September ini.

SSD dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, program bertemakan  “A World Where Deaf People Everywhere Can Sign Anywhere!” itu akan diadakan bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang di Pusat SSD di sini.

“Minggu Antarabangsa Orang Pekak dan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa adalah untuk mewujudkan dunia di mana individu Pekak boleh berkomunikasi dengan bebas di mana-mana sahaja.

“Program ini bertujuan untuk meraikan Minggu Antarabangsa Orang Pekak dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa isyarat dan menggalakkan keterangkuman untuk komuniti Pekak.

“Melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif, program ini bertujuan untuk memperkasakan individu Pekak untuk berkomunikasi dengan selesa dan yakin dalam apa jua persekitaran.

“Acara ini juga diharap dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari budaya komuniti Pekak, mendapatkan pandangan tentang cabaran yang dihadapi oleh komuniti pekak, dan meraikan pencapaian dan bakat individu pekak.

“Melalui aktiviti interaktif dan sesi yang menarik, acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, memupuk pemahaman dan menggalakkan keterangkuman,” katanya.

Justeru itu, SSD menyeru orang awam, ahli korporat dan organisasi untuk berdama memeriahkan program berkenaan.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Pameran Seniman Pekak, Bengkel Seni Interaktif oleh Awangku Mohd Zakaria, Sesi Bahasa Isyarat Malaysia, jualan gerai, Ceramah Kesedaran oleh Penutur Pekak dan Perkongsian daripada FOD.

Masuk adalah percuma dan yuran pendaftaran untuk setiap sesi ialah RM10 termasuk penyertaan untuk cabutan bertuah buku Budaya Pekak Sarawak dan hadiah misteri daripada SSD.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *