Tempatan Stesen minyak PETROS pertama di Malaysia mulakan operasinya di Darul Hana

Stesen minyak PETROS pertama di Malaysia mulakan operasinya di Darul Hana

4

KUCHING: Stesen minyak kepunyan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) pertama di Malaysia yang terletak di Darul Hana, Petrajaya telah memulakan operasinya pada Sabtu.

Stesen minyak ini menyediakan pelbagai jenis minyak bersepadu dapat meminimumkan penggunaan tenaga kerja dengan dipacu sistem internet termasuk sensor automatik, analisis data dan pembayaran tanpa tunai melalui platform SarawakPay.

Turut disediakan pengecasan elektrik pengisian bahan api hidrogen yang merupakan alternatif selain minyak petrol untuk kenderaan.

Selain di Darul Hana, stesen lain PETROS lain yang sedang dirancang pembinaannya di Batu Kawah, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Stesen minyak PETROS INI dibina SEDC Energy yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan akan dikendalikan oleh PETROS, syarikat dimiliki Kerajaan Sarawak.

Previous articleStesen Petros di Darul Hana mula beroperasi
Next articleJambatan Sejingkat dijangka siap Mac 2025
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here