Sukan SUFC hampir dimalukan Penang FC di Stadium Negeri

SUFC hampir dimalukan Penang FC di Stadium Negeri

11

KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) terlepas peluang untuk meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Super 2022 apabila diikat Penang FC, 1-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Selasa.

Penang FC terlebih dahulu memecah kebuntuan selepas kedua-dua pasukan tumpul untuk menjaringkan gol pada babak pertama permainan.

Ia hasil tandukan Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-79 selepas menyambar hantaran tinggi rakannya untuk menewaskan penjaga gol SUFC, Mohd Sharbinee Allawee.

Pemain pertahanan import SUFC, Boris Kok menyelamatkan maruah pasukannya dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83.

Beliau mudah menolak bola masuk ke dalam gawang lawan selepas menyambar percubaan awal Lee Chang Hoon yang terkena palang gol.

SUFC hampir beroleh kemenangan pada minit akhir permainan namun penyudah yang tumpul sekali lagi menggagalkan hasrat anak didik B Satianathan untuk mencipta jaringan tambahan.

Ia mata pertama diperolehi SUFC setelah mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Mereka tewas dalam dua perlawanan sebelum ini menentang Kedah dan JDT.

Pasukan itu akan meneruskan kempen menentang Sabah FA di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 10 April ini. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleTersalah berbuka awal ikut azan radio, puasa batal dan wajib diganti
Next articleKerajaan Sarawak cari inisiatif selesaikan projek bermasalah dan lewat siap
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here