Sukan Tempatan

Sukan Perpaduan MySED & KBS pada 18 dan 19 November ini

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan program Sukan Perpaduan sebagai inisiatif mempereratkan hubungan antara KBS dan Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia akan diadakan pada 18 dan 19 November ini.

“Program ini pertama kali diadakan dan melibatkan Menteri, Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, dan Pengarah dalam kementerian yang akan berkunjung ke Sarawak dan kita akan menyambutnya dan ikut sama dalam acara-acara sukan yang telah dipersetujui bersama.

“Sukan ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, menghormati masyarakat, menjalinkan persaudaraan, dan hubungan antara kerajaan pusat serta negeri Sarawak yang menjaga kementerian.

“Ia juga untuk menyampai mesej berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan juga untuk melahirkan masyarakat yang faham dan hormat budaya di antara semua kaum,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Karim turut menjelaskan, pada hari pertama, sukan yang akan dipertandingkan ialah golf, boling padang, bola jaring, dan boling.

“Sukan golf akan diadakan di Kelab Golf Sarawak, sukan badminton dan boling padang akan dimainkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Petra Jaya.

“Bola jaring pula akan dimainkan di Dewan Jabatan Belia dan Sukan di Jalan Tun Ahmad Zaidi dan pertandingan boling akan diadakan di Megalane Bowling Centre  EMart Batu Kawa,” katanya lagi.

Manakala, pada hari kedua pula katanya bakal menyaksikan acara sukan rakyat iaitu pertandingan tradisional seperti bola sepak kain sarung, menyumpit, terompah gergasi, Batak Lampung, dan sukaneka perpaduan berhalangan yang akan diadakan di Stadium Sarawak.

Menurut Karim juga, program berkenaan akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh pada hari pertama program di Megalanes Batu Kawa.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *