Dunia

Sumitomo Corporation Asia & Oceania Group mahu bekerjasama dengan Sarawak untuk projek hijau

SINGAPURA: Syarikat Sumitomo Corporation Asia & Oceania Group mahu menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dalam meneroka projek-projek baru yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya yang berasaskan buluh sebagai komponen.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Sumitomo Corporation Asia & Oceania Group, Keigo Shiomi untuk membincangkan peluang kerjasama berkenaan.

Kenyataan itu berkata, syarikat berkenaan berminat untuk terlibat dalam projek hijau di Sarawak seperti penggunaan buluh sebagai biojisim, teknologi baharu, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), logam hijau, kimia dan derivatif.

jelas kenyataan berkenaan, Awang Tengah menyambut baik minat Sumitomo untuk meneroka dan melabur dalam projek penanaman buluh serta sektor ekonomi baharu termasuk ekonomi hijau dan digital.

Pada masa ini, katanya, Sumitomo telah menjalin beberapa kerjasama di Sarawak dan kini sedang membangunkan projek pengeluaran berkaitan hidrogen di Bintulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *