Tempatan SUPP buat laporan polis terhadap ADUN Pending Violet Yong

SUPP buat laporan polis terhadap ADUN Pending Violet Yong

18

KUCHING: Selepas tiada isu politik yang boleh menganggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong telah mencetuskan rasa kebiadapan apabila mendakwa Kerajaan Sarawak menggunakan vaksin luput tarikh sebagai dos penggalak.

Kenyataan ini telah dimuatnaik di media sosial Facebook bertarikh 28 April lepas.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Liew Leong Yii telah membuat laporan polis ke atas Violet berhubung dakwaan itu.

Katanya, polis harua menyiasat dakwaan dalam video yang dimuatnaik dalam Bahasa Cina dan Inggeris yang mana mendakwa Kerajaan Sarawak menggunakan orang ramai sebagai kajian.

Ujarnya, kenyataan itu tidak benar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menegaskan bahawa vaksin itu telah disahkan selamat untuk digunakan.

Dakwaan Violet di dalam media sosialnya jelas telah menyebabkan orang ramai gelisah dan risau serta tidak mahu menerima dos penggalak.

Ini boleh menyebabkan kesihatan orang ramai terjejas bahkan Kerajaan Sarawak bekerja keras memastikan setiap orang menerima vaksin.

Previous articleBadi kekalahan kembali hantui SUFC
Next articleKuching City FC menang bergaya, jinakkan UiTM FC di Shah Alam
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here